Thursday, 8 November 2012

BAKA - BAKA ARNAB

**This information is use for reference and not for commercial used
**All of this information and visual are used google as references .



Baka-baka Arnab

Angora


                                                         gambar ihsan - google

Negara asal: Ankara, Turkey. Terdapat 4 jenis. English, French, Satin & Giant . Baka tulen Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Sifat dengan bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah kakinya.  Berat purata antara  > 9 1/2 lbs


English Angora


                                                         gambar ihsan - google

 Paling comel dan paling popular. Mempesonakan . badut di dalam kumpulannya. Muka dan telinga gebu dan ceria & ini membuat ia seperti "stuffed animals." Berbadan padat, "cobby" dan ini membuat ia serupa bola bulu. Berbulu panjang & seperti sutera. mata merah pekat  delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab rumah yang terbaik. bulu paling lebat dari jenis Angora. Berat minimum 5 - 8 lbs.


French Angora

                                                         gambar ihsan - google

 Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. Pengelur bulu yang baik, tetapi kasar . Telinga mempunyai jambak  bulu . Berbagai warna termasuk putih padat dan bercorak. Berat purata 7 1/2 - 10 1/2 lbs.


Satin Angora


                                                         gambar ihsan - google

Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular diantara Baka Angora . Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat purata 6 1/2 -  9 1/2 lbs.



Jersey Wooly

                                                         gambar ihsan - google

 Negara asal: New Jersey. Arnab yang kecil yang mempunyai genetik kerdil. Badan pendik , padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal  2-3". Berbagai warna. Berat purata  < 3 1/2 lbs


Hotot
                                                         gambar ihsan - google
     
Negara asal: Peranchis. Mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendik, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulus. Berat standard 8-11 lbs; berat yang kerdil < 3 lbs. Gambar menunjukkan jenis kerdil Hotot



 Netherland Dwarf

                                                       gambar ihsan - google


Negara asal: Netherlands. Kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil.  Pelbagai warna dan corak. "Self", bayangan, "agouti", corak "tan", "fawn", "himalayan", jingga, "steel", "tortoiseshell". Bulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan nampak pendik jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Berat < 2 1/2 lbs. Suka mengigit; tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.


NEW ZEALAND WHITE


                                                        gambar ihsan - google

Negara asal: America. Warna putih, hitam & biru . Mempunyai mata berwarna merah delima dan ada kala  hitam biasa . Merupakan antara arnab pedaging yang terbaik kerana mempunyai kandungan jisim daging berbanding tulang yang tinggi . Berbadan panjang dan berotot . Berat purata 9-12 lbs.


 LION HEAD 

                                                        gambar ihsan - google


Terdapat bulu-bulu yang panjang disekeliling kepala (wajib) dan ada yang mempunyai skirting.
- Kepala tirus seperti arnab kampung (local)dan tidak bulat atau bersegi. Ikut mana suka.
- Fizikal diatas telah dapat dilihat pada umur 1 bulan keatas.
- Warna pelbagai.
* Gambar atas - dewasa (color - birukelabu), bawah - umur 1 bulan (color - oren, hitam,musang)



BAKA ARNAB REX

- Ciri - ciri utama adalah berbulu carpet .

Castor Rex


                                                        gambar ihsan - google


Mini Rex


                                                         gambar ihsan - google


Seal Point Rex


                                                        gambar ihsan - google

Negara asal: France. Berwana hitam, biru, "broken group, californian", "castor, chinchilla", cokelat, himalayan, ungu lembut, "lynx", "opal", merah, "sable", "seal tortoise" & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8" . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2 - 10 1/2 lbs .  Berat purata "mini rex" 3-4 1/2 lbs.


 Flemish Giant


                                                         gambar ihsan - google

Negara asal: Flanders. Berwarna hitam, "blue, fawn", kelabu cerah, kelabu "sandy",  kelabu "dark steel", putih. Berbadan panjang.  Mempunyai rangka berat . Berat  purata : 13 - 14 lbs & lebih


Himalayan
                                                         gambar ihsan - google


Pembawaan yang jinak. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berwarna coklat, hitam, biru & ungu lembut di telinga, hidung, ekor, & kaki. Mata berwarna merah batu delima. Bulu pendik putih dan licin berkilat. Badan panjang dan berbentuk silinder. Berat 2 1/2-4 1/2 lbs.



Californian


                                                    gambar ihsan - google


Negara asal: USA. Kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut. Mata merah. Bulu pendik dan licin. Berbadan bulat. Tenang & lemah lembut. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berat  8-10 1/2 lbs.



Holland Lop


                                                         gambar ihsan - google


Kacukan diantara Dwarf-French Lop x English Lop. Berbulu pendik, Berotot berat. Berat < 4 lbs. Kaki pendek, tebal, lurus dan tulang berat jika dibandingkan dengan saiznya. Baka yang terbaik


English Lop


                                                         gambar ihsan - google


Paling popular. Badan "Mandolin type" .Telinga sangat panjang dan " lop".Panjang minima 21"  dan lebar  1/4 dari panjangnya.Terlampau pandai berkawan.Berat > 9lbs



French Lop
                                                         gambar ihsan - google

Kacukan antara English Lop & Flemish Giants. Berbadan berat. Besar dan nampak tebal. Telinga berbentuk "hand horse-shoe"; dan panjang sehingga kira-kira 1-1 1/2" dibawah rahang bawah. Berat >10 lbs.

Seal Point Cashmere Lop



 FUZZY LOOP PROVEN DOE


Smoke Pearl Cashmere Lop


Red-eye White Cashmere Lop


Black Cashmere Lop

AMERICAN FUZZY LOOP


Juga dikenali sebagai Cashmere Lop (gambar atas). Kacukan antara  Holland Lop & Angora. 19 warna bulu - biru, "chestnut", "chinchilla", "lynx", opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, coklat, ungu lembut, "ruby-eyed white", "sable point", "siamese sable", siamese smoke pearl, tortoise shell (hitam & biru), "fawn", hitan dan jingga. Berbadan pendik, berotot padat. Berwajah bulat spserti bola dan muka yang rata. Tiada tengkuk. Berbulu lebat , halus dan panjang 1-2". Telinga tergantung lurus ke bawah, sehingga 1/2-1" dibawah tulang rahang. Berat  3 1/2-4 lbs.

Vienna white

Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna - Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, &  cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.


Beveren


Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru "lavender", putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil  Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya.  Badan jenis "Mandolin " .  Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.

Tan


 Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.

Silver Fox 

Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.

Silver Marten

Dikenali sebagai "Silver Fox" di England. (tidak sama dengan "Silver Fox" di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.

American Chinchilla

Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 " panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai "Heavyweight Chinchilla". Berat 9-12 lbs.  Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.

English Spot


Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran "herringbone" biru, "tortoiseshell" berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil "Lapin Papillon Angalias" di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.


Sable



2 jenis: "Marten sable" dengan warna  putih di bahagian bawah atau "Siamese sable" yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.

American Sable



Kacukan Chinchilla. Berwarna cokelat  "sepia" yang pekat di kepala, telinga, belakang, kaki & bahagian atas ekor. Berbulu lembut, lebat, halus dengan bulu bahagian luar yang kasar. Berat 7-10 lbs.

Rhinelander

Negara asal: Germany. Arnab pedaging dengan bulu yang lebat dan seperti sutera. Bertanda putih dengan hitam & jingga keemasan terang  (6-8 tanda bulat di kedua-dua belah badan , dan juga tanda di tulang belakang, bertanda seperti rama-rama di hidung, bulatan di mata, telinga berwarna dan tompok bulat di pipi). Berat 6 1/2-10 lbs.

Britannia Petite 


Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. "Fly back coat". Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam "otter", hitam, biru, cokelat, "chestnut agouti", "sable marten".Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera. Di USA, dikenali sebagai "Britannia Petite".

Palomino

Negara asal: Washington. Warna keemasan, "lynx" c.Berat 8-11 lbs.
Satin

Negara asal: Indiana, USA. Nama diperolehi  dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, "californian", "chinchilla", cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.

Lilac

Kacukan Havana . Mempunyai bidang badan yang kecil tetapi mempunyai daging yang banyak. Daging selepas proses masih tinggi. Mempunyai bulu yang lebat dan seperti sutera dan berwarna merah jambu "dove shade" di seluruh badan. Berat  5 1/2-8 lbs.
Magpie Harlequin


Japanese Harlequin

 Negara asal: France. Kepala berwarna hitam, Telinga, kaki dan badan berwarna biru, cokelat, ungu lembut. Badan berbelang dengan warna-warna ini dan berselang dengan warna jingga keemasan untuk Japanese dan putih bagi Magpie. Kepala terbahagi dua dengan setiap bahagian berselang warna dan warna telinga berlawan dengan warna kepala. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.



Havana


Negara asal: Holland. Warna bulu hitam, biru atau cokelat pekat. Bulu lembut, lebat & menarik dan tidah sederhana panjang. Mata merah delima. Badan bulat dan padat. Jenis pedaging. Haiwan kesayangan yang baik.  Berat  4.5-6.5 lbs.

Florida White


Negara asal: Florida. Kacukan antara Dutch, Polish & New Zealand White. Warna putih tulin. Agak pendik, berbadan bulat. Berat 4-6 lbs.


Dutch

Negara asal: Holland. Arnab yang bergaya. Warna: hitam, biru, "torte" & cokelat, kuning, kelabu "steel", kelabu perang & kelabu mutiara. Tanda putih yang jelas dan ketara; dada, kaki depan, "blaze" (warna putih di hidung dan  misai dan bersambung hingga ke tulang rahang) & tapak kaki berwarna putih. Boleh dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Berat  3 1/2-5 1/2 lbs. Walaupun bersaiz kecil tetapi banyak daging susuk badan padat. Kehilangan sikit daging selepas proses.

Cinnamon


Negara asal: Montana. Kacukan antara New Zealand White-Chinchilla x Checkered Giant-Californian.  Warna "rust" atau "cinnamon" dengan warna kelabu asap di belakang dan kelabu di perut. Di bahagian bawah berwarna jingga. Tompok "rust" di bahagian dalam kaki belakang dan tanda seperti rama-rama di hidung dan keliling mata. Berat 8 1/2-11 lbs.

American Checkered Giant



Negara asal: Germany. Kacukan Flemish Giant . Berat >11 lbs. Warna putih dan bertanda hitam dan biru  ( di sepanjang tulang belakang , tompokan di badan , pipi, telinga berwarnas, dan keliling mata dan tanda rama-rama di hidung). Tanda-tanda menyerupai English, kecuali tiada tanda "chain". Berbadan panjang dan berbentuk baik. Berat > 11 lbs

Silver


Negara asal: France. Berwarna kelabu, "fawn" & perang, bulu pendik, berkilat dengan "undercoat" biru perak. Berat 4-7 lbs. Gambar menunjukkan perak kehitaman - paling popular. Haiwan kesayangan yang baik


Belgian


 Negara asal: Flanders, Belgium. Haiwan domestik yang mula-mula menjadi kegilaan . Berbadan panjang, "refined", berbentuk cantik. Kaki dan telinga panjang. Warna latarbelakang  merah pekat, " tan" atau  "deep chestnut" dengan biru  "slate" blue  dan border hitam sepanjang badan dan keliling telinga. Bulu kasar. Berat 6- 9 1/2 lbs.


Argente de Creme

Negara asal: France. Terkecil dari baka Argente.Deskripsi terbaik ialah "Orange Silver". Mirip de Champagne. Warna dibawah ialah terang, jingga . Bahagan atas krim putih dan berbulu panjang berwarna jingga. Berat 8-11 lbs.


Argente de Champagne

Negara asal: France. Warna perak - warna bahagian bawah biru gelap & bahagian atas biru keputihan dengan hitam. Hitam pekat semasa dilahirkan; bulu puith akan keluar semasa umur  kira-kira 4 bulan. Berbadan gempal. Berat kira-kira 9-12 lbs.


American

Berwarna biru dan putih. Berbadan "mandolin-typed" melengkung sedikit dan meruncing di bahagian bahu.  Berat 9-12 lbs.


Alaska

Negara asal: Germany. Kacukan Argente & Himalayan. Berat 6-8 1/2 lbs. Gemuk pendik. Tengkuk tak berapa nampak. Bulu hitam dan berkilat, & "matt" di perut. Mata perang gelap & kuku kaki yang gelap.


No comments:

Post a Comment